Trending
Chelsea Perah Limau Pada Luka Liverpool Untuk The Reds Teruskan Episod Kekalahan

Juara Eropah, Liverpool terpaksa melupakan hasrat untuk mendapat kejuaraan Treble pada musim ini selepas tersingkir di pusingan kelima Piala FA Inggeris. Beraksi di Stamford Bridge pastinya memberi kelebihan buat Chelsea yang menurunkan kesemua pemain utama termasuk pemain muda yang sedang meningkat naik, Bill Gilmour yang beraksi cemerlang sehingga dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan.

