Nazim yang selama ini dilihat seorang yang aktif dan sihat dikhabarkan telah selamat menjalani pembedahan dan mengakui dirinya semakin pulih. Berikutan itu, Nazim mengeluarkan satu video eksklusif untuk para peminatnya yang ingin tahu perkembangan kesihatan selepas pembedahan tersebut.
Pelakon drama popular Dejavu itu juga memaklumkan, badannya kelihatan sedikit berisi akibat kesan daripada pengambilan ubat.
“Saya ok. Sihat sejahtera. Tidak bersedih atau berduka lara seperti sangkaan ramai. Itu saja yang perlu kalian tahu. Terima kasih. (berisi sebab ubat)” – Jelas Nazim bersama video tersebut