Tiada ke orang yang nak hantar Iqram ni pergi berubat? Kesian Ohmedia tengok si Iqram ni. Iqram Dinzly dalam satu video terbarunya ketika sedang membuat live di Bigo telah dilihat memakai satu pakaian yang pelik dengan corak polka dot berwarna hitam putih.
Pada awalnya, Iqram berjalan seperti seorang model sedang menggayakan pakaian, namun secara tiba-tiba live menjadi kecoh apabila secara tidak sengaja Iqram terselak kain lalu ternampak kemaluannya.
Rata-rata mereka yang mengikuti live Iqram terkejut, namun dinafikan oleh Iqram.
Tak nampak, tak nampak, tak nampak, sikit je, sumpah tak sengaja, menafikan sambil ketawa.
Iqram kemudian dilihat pucat dan mengatakan dia difitnah. Apa-apapun, kita doakan sahajalah agar Iqram Dinzly kembali normal.