Oh! Negara

Veteran ATM Akan Menerima Bantuan Harapan Negara

Published on

Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu hari ini telah mengumumkan bahawa sejumlah 95,111 veteran Angkatan Tentera Malaysia, ATM bakal menerima Bantuan Harapan Negara, BHN sejumlah RM500 seorang mulai hari ini.

Pemberian ini melibatkan peruntukan sebanyak RM47.5 juta kepada semua veteran berpencen dan tidak berpencen yang dilihat bakal mengurangkan sedikit beban terutama ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri.

“Veteran ATM yang telah menerima surat daripada Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM dimohon untuk mengemas kini maklumat berkaitan dengan nombor kad pengenalan baharu dengan menghubungi pusat panggilan JHEV ATM bagi memudahkan proses kelulusan BHN,” katanya.

Mohamad berkata pembayaran peringkat kedua BHN akan dilaksanakan pada Oktober.

Comments

Exit mobile version