Umum

Ustaz Ebit Lew Kongsi Pengalaman Berdakwah Di Kelab Malam

Published on

Siapa je yang tak kenal Ustaz Ebit Lew yang berani mendekatkan diri dengan golongan terpinggir seperti remaja yang bermasalah, transgender atau gelandangan sekali pun. Cara penyampaian dakwah dia memang buat semua orang kagum tau!

Baru-baru ini, dia ada berkongsi pengalamannya di Facebook rasminya untuk mendekati golongan muda yang selalu pergi clubbing. Dia hanya mampu menangis apabila berdakwah di kelab dan melihat anak muda beragama Islam beratur keluar dan masuk.

Sesak anak muda dekat sini. Senyuman dan wajah mereka macam anak di rumah. Ada yang ajak bergambar, ada ramai juga cabut lari,” katanya. Menurut Ebit lagi, dia juga sebak apabila berbual bersama remaja perempuan berusia 20-an yang mengakui langsung tidak bersolat. Ustaz, kami tak solat langsung, kami kotor dengan dosa. Allah maafkan kami tak? Saya pun menjelaskan yang Allah sentiasa sayang mereka. Dia beri iman, syukurlah pada Allah dan mula jaga solat. Jangan pernah tinggal solat. Doalah Allah beri kekuatan tinggal maksiat yang lain-lain,” katanya. Tambahnya, dalam 100 individu yang ditemui, hampir semuanya dah lama tinggal solat. Ada beberapa orang saja solat satu atau dua waktu. Sedihnya, paling sedih bila ada yang solat selepas mak ayah dah meninggal. Apapun mereka baik-baik, suka dengar nasihat. Rindu nak tanya soalan-soalan agama. Ya Allah bantulah dan berkatilah hidup anak-anak ini semua. Selamatkanlah mereka dari dunia ini arak, maksiat, dadah, tak solat.



+ Baca respon pembaca di Oh! Media.



Comments

Exit mobile version