Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir yang dikatakan akan menerima anugerah ‘Grand Cordon of the Order of the Paulownia Flowers’ daripada Maharaja Akihito dari Jepun hari ini dilihat memakai baju Melayu lengkap bersamping rona.
Majlis penyampaian anugerah yang berlangsung pagi tadi itu adalah pemberian tertinggi kepada pemimpin luar bagi sumbangan terhadap hubungan dua hala antara negara berkenaan dengan Jepun selain sumbangan mereka kepada rantau ini.
Sementara itu, di Twitter, ramai rakyat Malaysia mempamer reaksi positif terhadap fesyen yang digayakan Perdana Menteri ketujuh itu, antaranya mencoret, berbaju Melayu di Jepun, bagus, pakai baju Melayu bila terima anugerah yang membanggakan, kagum Tun M memakai baju tradisional kebangsaan kita dan tiada kata-kata yang dapat diungkapkan, Tun M berbaju Melayu di Jepun.