Jahannam (lapisan atas sekali) – Disediakan untuk umat Nabi Muhammad yang beriman, namun melakukan dosa kecil dan besar serta mati dalam keadaan tidak bertaubat kepada Allah. Juga disediakan bagi pengikut syaitan.
Lazha – Disediakan untuk orang yang mendustakan agama islam, orang yang tidak keluar zakat dan orang Yahudi.
Huthamah – Disediakan untuk orang yang suka mengumpat dan mencela.
Sa’ir – Disediakan untuk orang Nasrani (Kristian) dan pengikutnya. Juga disediakan untuk mereka yang memakan harta anak yatim.
Saqar – Disediakan untuk penyembah patung berhala, orang yang meninggalkan solat fardhu, orang yang kedekut, orang yang berbohong dan orang Majusi (penyembah api).
Jahim – Disediakan untuk orang musyrik, orang syirik, orang yang menyekutukan Allah (orang yang sesat).
Hawiyah (lapisan bawah sekali) – Disediakan untuk orang munafiq, orang kafir, orang yang ringan timbangan amalnya, musuh para Nabi seperti Abu Jahal, Firaun, Haman dan Qarun.
Wallahua’lam