Oh! Artis

Tok Ti Kesal Lagu Baru Buat Frontliner, Dimuat Naik Kembali Secara Haram

Published on

Bagi menghargai jasa dan pengorbanan frontliner yang berusaha mengekang penularan wabak COVID-19, penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menghasilkan sebuah lagu baru yang bertajuk ‘Basyirah’.

Tok Ti mendedahkan lagu berkenaan bukanlah sebuah lagu hiburan semata-semata, tetapi lagu berkenaan didedikasikan untuk semua petugas barisan hadapan yang sanggup berkorban. Tambah beliau lagi, lagu ini sebagai memberi sokongan kepada mereka.



Lagu ‘Basyirah’ ini telah dilancarkan sejak tengah malam tadi, dimana ia hasil ciptaan pengacara dan penulis lirik terkenal, Ahmad Fedtri Yahya dan komperser terkenal, Hafiz Hamidun. Dipetik dari Sinar Harian, musik video rasmi lagu berkenaan boleh tonton di YouTube pada jam 3 petang ini.

Namun Tok Ti meluahkan kekesalan keatas beberapa pihak yang memuat naik lagu berkenaan secara haram. Beliau menasihatkan pada segelintir individu yang tidak bertanggungjawab agar belajar menghormati dan menghargai penat lelah dan hak oranng lain.




OHMEDIA: SEMOGA DENGAN LAGU INI, DIHARAPKAN FRONTLINER KITA TERUS KUAT BERJUANG MELAWAN PENULARAN WABAK INI.

Sumber: Sinar Harian | Instagram @ctdk

+ Baca respon pembaca lagu baru Tok Ti yang didedikasi buat frontliner di Facebook Oh! Media



Comments

Exit mobile version