Oh! Negara

Syarikat Telekomunikasi Diarah Kecualikan Cukai Mulai Esok

Published on

Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) mengarahkan kesemua perkhidmatan telekomunikasi prabayar yang dibekalkan syarikat-syarikat telekomunikasi kepada pelanggan warganegara Malaysia dikecualikan daripada cukai perkhidmatan berkuatkuasa esok.

Menterinya, Lim Guan Eng berkata, pengecualian berkenaan adalah berdasarkan kepada Seksyen 34(3)(a) Akta Cukai Perkhidmatan 2018.

“Ini adalah perlu untuk mengatasi masalah daripada syarikat-syarikat telekomunikasi yang menghadapi kesukaran untuk mengubah sistem mereka dengan segera.

“Kaedah lain akan diumumkan kemudian untuk syarikat-syarikat telekomunikasi agar pihak Kerajaan tidak kerugian dalam usaha untuk memastikan pelanggan mendapat nilai penuh untuk bayaran yang dibuat,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Guan Eng berkata, semua syarikat telekomunikasi perlu mengambil tindakan yang sewajarnya dengan segera dalam mematuhi penetapan pengecualian cukai perkhidmatan ini.

Comments

Exit mobile version