Umum

Siti Sairah Diceraikan Talak 3 Pada Ulangtahun Perkahwinan

Published on

Berita yang amat mengejutkan sampai ke table penulisan kami hari ini apabila mengetahui tentang adik kepada penyanyi tersohor Datuk Siti Nurhaliza, iaitu Siti Sairah telah diceraikan suaminya dengan talak 3 pada hari ulangtahun perkahwinannya.

Siti Sairah telah diceraikan oleh Saiful Anuar Ahmad Shafie pada 27 Oktober lalu iaitu pada hari ulangtahun perkahwinan mereka yang ke-4 bertempat di Mahkamah Rendah Syariah Kuantan. Sepanjang mendirikan rumahtangga, pasangan ini telah dikurniakan 3 cahayamata.

Walaupun Siti Sairah enggan memberi komen apa-apa demi menjaga hati semua pihak, dia ada meluahkan rasa hatinya melalui gambar yang diupload di laman sosial Instagram.

 

 
OH! MEDIA : Semoga beliau tabah mengharungi dugaan. 

Comments

Exit mobile version