Umum

Singapura Sahkan Malaysia Telah Membayar Kos Tangguh Projek HSR

Published on

Menteri di Kementerian Pengangkutan Singapura hari ini telah mengesahkan bahawa Malaysia telah membayar kos penangguhan pelaksanaan Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) seperti yang diminta kerajaan Malaysia.

Sebelum ini, pada 5 September tahun lalu, kerajaan Singapura telah bersetuju untuk menggantung pembinaan projek itu sehingga akhir Mei 2020.

Oleh itu, Malaysia telah bersetuju untuk membayar kos pengganguhan sebanyak S$15 juta kepada kerajaan Singapura pada semalam 31 Januari 2019.

Kesan dari itu, perjanjian dan perbincangan baharu akan dilakukan dan dijangkakan perkhidmatan HSR antara Singapura-Malaysia akan dapat diguna menjelang 1 Januari 2031 berbanding jangkaan pada tahun 2026.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Exit mobile version