Umum

Seorang Guru Ditipu Pelaburan produk – Rugi Lebih RM150,000

Published on

Guru rugi RM152,050 selepas ditipu dalam satu pelaburan yang memababitkan pelbagai produk minuman tambahan.

Mangsa yang merupakan seorang guru itu kini berusia 47 tahun bagaimanapun mengetahui berkenaan pelaburan ini dari rakannya pada tahun 2015.

“Mangsa memaklumkan pelaburan itu membabitkan pelbagai minuman suplemen termasuk kopi terdiri daripada empat pakej iaitu RM1,000, RM3,000, RM5,000 dan RM10,000.

“Ahli yang melabur akan menerima satu perempat pulangan dalam bentuk produk dan tiga perempat pula dalam bentuk wang dan mangsa melabur sebanyak RM190,000,” kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil negeri, Superintenden Mohd Wazir Mohd.

Mangsa juga dikatakan dijanjikan akan diberikan pulangan RM37,950, namun sejak November 2016 tidak pernah menerima sebarang pulangan seperti yang dijanjikan.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Exit mobile version