Seorang pengusaha sate tulang di Senawang Jaya di sini, diarah menutup operasinya selama dua minggu oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan (JKNS) bermula semalam kerana didapati mengabaikan aspek kebersihan dalam penyediaan makanan.
Pengarahnya, Dr Zainudin Mohd Ali berkata, pemeriksaan mengejut ke atas sebuah rumah yang dijadikan tempat penyediaan sate tulang itu dilakukan pihaknya, selepas tersebar maklumat dan gambar premis yang menjijikkan di Facebook.
Menurutnya, hasil siasatan mendapati pemilik premis telah melanggar Akta Makanan 1983 dan secara keseluruhan didapati tidak bersih.