Bangun semua! Selepas melihat saudara kita di Gaza sekarang sedang cuba untuk selamatkan diri dan cuba recovery dari serangan Israel, malam tadi dilaporkan ada lagi beberapa siri serangan rejim Israel ke arah Gaza selepas 2 minggu serangan terakhir mereka.
Kali ini, Israel mensasarkan arah tentera di Semenanjung Gaza selepas mendakwa ia sebagai tindak balas serangan roket yang datang dari arah Palestin.
Jet pejuang melakukan beberapa serangan terhadap sasaran Hamas di selatan Semenanjung Gaza. – Kata kenyataan tentera
Menurut bahagian keselamatan Gaza pula, lokasi serangan ini merupakan kawasan sasaran terdiri daripada tapak pengeluaran senjata dan infrastruktur bawah tanah dan ia mengena dua lokasi milik Hamas dan satu kawasan sekutu kumpulan Jihad Islam.
Bagaimanapun, setakat ini masih tiada sebarang laporan kematian yang dimaklumkan.