Umum

(Tahniah) Scha Al-Yahya Selamat Melahirkan Bayi Perempuan

Published on

Tahniah buat pelakon dan pengacara popular Awal Ashaari yang telah bergelar bapa apabila isterinya yang juga seorang pelakon dan pengacara Scha Al-Yahya selamat melahirkan bayi perempuan semalam.

Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh Awal Ashaari melalui laman sosial Instagram miliknya.

“Assalamualaikum. Semalam, 22 Julai 2014 bersamaan 24 Ramadhan, kami telah menyambut kelahiran bayi perempuan seberat 3.17kg at 1750H. Baby & her mother are in a good shape. Alhamdulillah dan terima kasih diatas doa semua. #schawal #babyschawal #love” – Awal Ashaari

Bayi perempuan seberat 3.17kg dilahirkan secara normal di Prince Court Medical Centre Kuala Lumpur pada jam 5.50petang semalam.

Tahniah buat Awal dan Scha. Semoga anak dididik dengan ajaran agama yang sempurna dan jadi anak yang soleh.

Menangi Hadiah Menarik Di 7-Eleven!

Comments

Exit mobile version