Umum

Sanggup Beratur Dan Bermalam Semata-mata Ingin Mendapatkan iPhone XS

Published on

Nampaknya keluhan harga iPhone mahal yang kita dengar, sedikitpun tidak memberi kesan kepada peminat tegar iPhone.

Ini dapat dilihat apabila orang ramai masih sanggup untuk beratur panjang untuk mendapatkan model terbaru iPhone iaitu XS dan XS Max di Singapura.

Singapura menjadi antara negara yang paling awal mendapat stok untuk telefon pintar terbaru daripada Apple ini dan akan dilancarkan secara rasmi di Apple Store, Orchard Road.

Ianya akan dijual tepat pada jam 9 pagi esok. Kerana tidak mahu terlepas menjadi antara yang pertama mendapatkan telefon pintar ini, ada yang sudah mula beratur sejak jam 11 pagi tadi dan sanggup untuk menunggu seharian untuk membeli telefon idaman mereka pada hari esok.

Comments

Exit mobile version