Umum

Sajat Hadiahkan Sebuah Kereta BMW Bagi Menghargai Pengorbanan Ibu!

Published on

Kehidupan usahawan kosmetik Nur Sajat tetap berjalan seperti biasa walaupun banyak kontrovesi yang melanda dirinya. Perkongsian di Instagram Sajat baru-baru ni buatkan ada diantara netizen yang memuji kerana tidak pernah lupakan kedua ibubapanya dan memberikan sebuah kereta berjenama BMW bagi menghargai pengorbanan setelah membesarkan dirinya sejak dari kecil lagi.



Menurut Sajat, kadang-kadang mereka cuma nak kita sebagai anak ni untuk bertanyakan khabar jer dan bukanlah nakkan kebendaan pun. Harta dunia boleh dicari tapi kasih sayang kedua ibu bapa tiada penggantinya. Jadi, bahagiakanlah mereka berdua didunia sebagaimana mereka membahagiakan kita sewaktu kecil dulu.

Rahsia bagi seorang anak itu berjaya adalah dengan doa kedua ibubapanya. Jadi, macam mana pun keadaan kita sekarang janganlah pernah kita lupa kepada mereka berdua ya guys kerana berkat doa mereka tu lah yang buatkan kita berjaya. Hargailah mereka selagi mereka masih ada didunia ni. Part ni memang Ohmedia sokong!!

Kredit: Instargam Nur Sajat

+ Baca respon pembaca Nur Sajat hadiahkan sebuah kereta kepada ibunya di Facebook Oh! Media.

Comments

Exit mobile version