Bila kita kehilangan orang yang kita sayang, mesti kita rasa sedih dan rindu sangat kan? Macam tu lah terjadi dekat seorang remaja, @frhdnmhdzuraaa di Twitter baru-baru ni disebabkan adiknya meninggal dunia akibat kanser tahap 4.
Innalillahiwainnalillahirojiun…adiknya, Mohamad Haiqal Najmi telah kembali ke rahmatullah pada 26 November 2019. Menerusi sebuah video terakhir yang dimuatnaik oleh abangnya, @frhdnmhdzuraaa di Twitter, rata-rata ramai netizen mengucapkan takziah dan turut rasa sebak dengan pemergian adiknya.
Adik aku tak kuat adik 😭 Aku masih tk percayaaa adik yg hang dah tk adaa 😭 Ya Allahhh 😭😭😭 pic.twitter.com/jSThrMHZMP
Tambahan pula, keadaan jadi lebih sedih apabila barang adiknya dari ShopeeMY telah sampai ke rumah selepas dia sudah tiada. Semasa dia masih hidup, beliau mengatakan ingin memakai barang itu selepas dia melakukan pembedahan.