Umum

Remaja Lelaki Autisme Dibebaskan

Published on

Seorang remaja lelaki autisme Ahmad Ziqri yang dihadapkan ke mahkamah akibat dikatakan terpegang dada seorang perempuan di tempat awam kini dibebaskan.

Sementara itu, perkara ini telah mendapat banyak pandangan dan ramai netizen kurang berpuas hati apabila keputusan mahkamah dimana remaja autisme ini telah dikenakan hukuman reman selama 4 hari.

Remaja terbabit ditenangkan oleh ibunya, Hasnah Abdul Rahman.  Ibunya memberitahu bahawa anak lelakinya itu mempunyai tahap pemikiran yang terhad dan masih tidak memahami kenapa dia ditangkap. 

Bagaimanapun, ibu kepada remaja terbabit turut memaklumkan bahawa berlaku perubahan sikap terhadap anaknya setelah pulang ke rumah. Ahmad Ziqri telah diberikan khidmat kaunseling dari Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Oh! Media: Harapnya perkara ini dapat diselesaikan dengan baik dan pihak berkuasa hanya menjalankan tugas apabila mendapat laporan. 

Comments

Exit mobile version