Oh! Negara

Raja Salman Nantikan Kehadiran Tun Dr Mahathir Ke Arab Saudi

Published on

Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud baru-baru ini telah mengundang Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk ke negaranya itu dalam masa terdekat.

Surat rasmi yang disampaikan oleh utusan Raja Salman, Turki Mohamed Fahd Al Saud dalam satu pertemuan di Perdana Putra tempoh hari.

“Perdana Menteri mengucapkan terima kasih dan akan memikirkan masa yang sesuai sebab sekarang ini kerja banyak,” katanya kepada pemberita selepas pertemuan itu.

Jemputan ini dilihat mampu untuk mengeratkan lagi hubungan antara dua negara yang telah menjalinkan hubungan baik sekian lama.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Exit mobile version