Umum

Putera William Akan Melawat Christchurch Bulan Depan

Published on

Putera William akan melawat New Zealand bulan depan bagi menyampaikan penghormatan kepada semua mangsa pembunuhan dua masjid di Christchurch yang meragut 50 nyawa, kata Perdana Menteri Jacinda Ardern dan Istana Kensington, hari ini.

Ardern yang akan menghadiri upacara memperingati semua mangsa peringkat kebangsaan esok berkata, William mewakili neneknya, Ratu Elizabeth II, pemerintah rasmi di bekas koloni British itu.

Keluarga Diraja British sebelum ini menyampaikan simpati dan ucapan takziah mereka kepada semua mangsa tragedi berkenaan yang dilakukan seorang pelampau kulit putih awal Mac lalu.

Comments

Exit mobile version