Umum

Pusat Penyembelihan Ayam Halal Tidak Sepatutnya Dihalang

Published on

P Prabakaran yang merupakan ahli parlimen Batu, turut mempertahankan keperluan pembinaan Pusat Penyembelihan Ayam Halal di Pasar Harian Selayang, demi kebaikan masyarakat untuk jangka masa panjang.

Bagaimanapun menurutnya, perkara itu wajar dibincangkan bersama kedua-dua pihak antara pihak yang menyokong dan membantah bagi mencapai keputusan yang lebih baik.

“Saya tahu ada pihak yang membantah. Namun setakat ini saya tidak menerima sebarang memorandum bantahan daripada penduduk selain daripada pihak peniaga tertentu.

“Saya sendiri menyokong projek ini sebagai satu jaminan kebersihan ayam mentah yang dibekalkan.

“Namun saya perlu juga meneliti memorandum bantahan yang dihantar dan saya akan aturkan pertemuan antara kedua-dua pihak agar perkara ini dapat diselesaikan,”katanya.

Comments

Exit mobile version