Umum

Projek DC Extended Universe Akan Ditamatkan – Warner Bros

Published on

Ini mungkin satu berita yang agak mengecewakan bagi peminat DC Comics apabila CEO Warner Bros iaitu Kevin Tsujihara telah mengesahkan bahawa pihak DC tidak akan mengaitkan setiap superhero mereka dalam satu universe seperti Marvel Cinematic Universe.

Hal ini menunjukkan DC akan lebih memfokus dan menghasilkan filem ‘standalone superhero’.

“Kami merasakan filem akan datang seperti Shazam, Joker, Wonder Woman 1984 dan Birds Of Prey berada di landasan yang betul. Kami mempunyai pasukan yang betul untuk setiap filem. Ianya tidak bergabung antara satu sama yang lain seperti 5 tahun yang lalu,” kata Kevin dalam satu temu bual dengan Los Angeles Times.

Keputusan DC ini juga telah menunjukkan bahawa Warner Bros tidak mampu melakukan apa yang dilakukan oleh MCU.

Bagi peminat setia DC Comics pula, mereka melihat pihak Warner Bros terlalu tergesa-gesa dalam mengejar kamajuan MCU sehinggakan gagal untuk menarik minat lebih ramai lagi pengikut.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Exit mobile version