Umum

Polis Tingkatkan Kawalan Di Sekitar Kawasan Kuil

Published on

Pasukan Simpanan Persekutuan FRU kini ditempatkan di sekitar Kuil Sri Mariamman USJ 25, Seafield bagi memantau sebarang aktiviti haram yang tidak diingini berulang.

PDRM mempertingkatkan kawalan keselamatan dengan meletakkan anggota berkawal sejak pukul 1.30 pagi tadi. Ini berikutan dengan rusuhan kuil kerana berlaku pertikaian akan pemilikan tanah di antara pihak kuil dan pemaju One City Development.
Rusuhan dan pergaduhan yang berlaku tempoh hari menyebabkan seorang anggora bomba yang bertugas iaitu Muhammad Adib dikatakan telah dipukul dengan teruk sehingga cedera parah.
Terkini, anggota bomba terbabit, Muhammad Adib Mohd Kassim dilaporkan menghembuskan nafas terakhir pada jam 9.41 malan di Institut Jantung Negara (IJN) setelah 20 hari menerima rawatan kritikal.

Comments

Exit mobile version