Umum

Perkongsian Aliff Syukri Mengenai Bapanya Buatkan Ramai Turut Sedih dan Bersimpati

Published on

Perkongsian kisah sedih diantara Datuk Seri Aliff Syukri dan bapa kandungnya Hj kamarzaman B Kamaludin yang telah meninggal dunia .

Perkongsian yang dibuat sendiri oleh Alif Syukri di Instgramnya itu telah mendapat pelbagai reaksi dari pengikutnya yang dilihat turut bersedih dan bersimpati dengan keluarga itu.

Alif Syukri sebelum ini telah berkongsi tentang keadaan ayahnya yang dikatakan sedang lemah dan mengalami sesak nafas dan doktor melaporkan bahawa bapanya hadapi serangan jantung tahap 3 dan paru-paru berair.

Aliff juga bersedih kerana banyak pengorbanan yang dilakukan bapanya dahulu sehingga kini tidak terbalas.

“Allah sahaja tahu perasaan saya ketika ini.. saya seakan tak percaya abah tak ada lagi…

“Selama 11 tahun lepas saya niaga pasar dia datang teman setiap minggu…..abah lah org kuat saya yang mendengar segala masalah saya selama ini…bila saya buat dherbs dia selalu tolong saya selama hampir 4 tahun…

“Abah jangan tinggalkan kri (syukri) .. abahlahh tempat kri mengadu susah senang…. ….kri tak sempat nak balas budi abah…….tangan abah yang berjasa mencari rezeki besarkan saya…dengan kerja kilang, pengawal keselamatan sebab kri sampai hari ni… kasih sayang abah…..sokongan abah kri tak terbalas..,” tulisnya.

Dalam perkongsian lain, Aliff turut berkongsi kisah penceraian bapa dan ibunya iaitu Rozita Ibrahim yang selama ini mengimpikan agar mereka dapat disatukan.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Exit mobile version