Pergh! Berani betul pengasas Telegram ni cakap macam tu dekat pesaing dia. Cakap terang-terang pulak tu. Ini semua bila Pavel Durov mengatakan yang pengguna WhatsApp perlu memadam aplikasi popular berkenaan kerana ia tidak selamat dan tiada privasi yang kuat.
Pengasas Telegram ini berani kata macam ni selepas siatem WhatsApp alami masalah keselamatan di India.
Masalah ini amat bahaya kerana boleh menyebabkan penggodam mampu mengakses pesanan peribadi pengguna apabila mereka membuka fail.
Jalan penyelesaian yang dikeluarkan pihak WhatsApp adalah bila mereka menggesa pengguna melakukan kemaskini versi baharu.
Jadi memang Telegram menggunakan peluang ni sebaiknya untuk menaikkan aplikasi mereka. Apa-apapun bagi Ohmedia Telegram memang jauh kedepan dari WhatsApp.