Umum

Pengguna Apple AirPods Terdedah Dengan Risiko Kanser

Published on

Apple AirPods yang menggunakan teknologi bluetooth bagi memudahkan pengguna mendengar lagu tanpa masalah wayar yang berselirat ini sebenarnya berisiko meningkatkan penyakit kanser buat para penggunanya.

Semuanya berpunca daripada electromagnetic frequency (EMF) atau gelombang radio yang dikeluarkan oleh sesetengah produk elektronik melibatkan Wi-Fi serta telefon bimbit.

Penggunaan Apple AirPods yang turut mempunyai gelombang yang sama dikatakan bakal meningkatkan risiko penggunanya mendapat penyakit kanser berikutan kedudukannya yang sangat dekat dengan telinga sekaligus bakal menjejaskan otak dalam jangka masa yang panjang.

Selain Apple Airpods, penggunaan headphones atau earphones tanpa wayar yang disambung melalui bluetooth bakal turut memberi efek kepada penggunanya.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Exit mobile version