Umum

Pengarah TV Pakistan Dipecat Silap Eja Beijing?

Published on

Seorang pengarah eksekutif TV Pakistan dipecat gara-gara kesalahan ejaan ibu negara China, Beijing menjadi ‘Begging’ yang bermaksud mengemis ketika liputan kunjungan Perdana Menteri, Imran Khan ke China baru-baru ini.

Tempo.com melaporkan, Hasan Immad Mohammadi baharu bertugas beberapa minggu sebagai pengarah di stesen televisyen tempatan terbabit ketika kecuaian itu berlaku.

Ketika laporan disiarkan, TV Pakistan mempersoalkan lawatan Imran ke China yang bertujuan untuk mendapatkan bantuan ekonomi untuk negara yang sedang berdepan krisis ekonomi itu.

Susulan itu, TV Pakistan memohon maaf atas kesilapan ejaan yang tersiar di televisyen kira-kira 20 hingga 25 saat pada Isnin lalu. Ketika kejadian itu berlaku, Imran sedang menyampaikan ucapan berhubung lawatannya ke China.

Bagaimanapun, jurucakap kementerian penerangan berkata, kesilapan yang berlaku tidak mempunyai kaitan dengan pemecatan Hasan.

Kesilapan yang berlaku mengundang reaksi netizen media sosial yang mempertikaikan kesalahan itu, apakah salah ejaan sengaja dilakukan TV Pakistan.

Comments

Exit mobile version