Umum

Penduduk Diminta Hadkan Aktiviti Pantai dan Lakukan Solat Hajat

Published on

Berikutan dengan amaran ribut Siklon Tropika yang akan melanda Malaysia terutamanya negeri Kelantan, penduduk setempat diminta untuk mengadakan solat hajat bagi memohon agar perkara buruk tidak berlaku.

Perkara ini dikatakan oleh Datuk Mohd Amar Abdullah, Timbalan Menteri Besar Kelantan dan kerajaan negeri sedang menggerakkan usaha mengadakan solat hajat di beberapa kawasan.

“Saya harap penduduk dapat mengehadkan aktiviti di pantai dan memastikan keselamatan diri dan keluarga.

“Ini antara usaha yang kita mampu lakukan, sebab ribut merupakan tanda kekuasaan ALLAH dan kita berharap ia tidak akan mengundang bencana,” jelasnya.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Exit mobile version