Ohmedia rasa seronok apabila melihat segelintir masyarakat masih mempunyai hati yang baik. Baru-baru ini, telah tular sebuah video di media sosial sehingga mendapat kepujian daripada warganet.
Video yang berdurasi 9 saat itu menunjukkan seorang pekerja dari restoran mamak sanggup memegang payung gerai semata-mata ingin melindungi pelanggannya daripada terkena air hujan.
Sampai macam ni sekali jaga customer. Respect! -kata pengguna Twitter, @redzuyunus
Tweet yang dimuatnaik oleh Redzu itu telah mendapat 16k retweets dan 22k likes. Apapun, Ohmedia doakan semoga hidup lelaki tersebut sentiasa diberkati oleh Allah SWT.