Oh! Artis

Nicki Minaj Umum Bersara & Tunjuk Baby Bump!

Published on

Siapa peminat penyanyi terkenal Nicki Minaj mesti tahu perkembangan terbarunya yang kini sedang hamil anak pertama.

Perkara ini baru sahaja dikongsikannya di laman sosial rasminya di Instagram apabila menaikkan gambar lagu terbarunya bertajuk Anaconda dengan menunjukkan baby bump dengan caption Preggers.


Cinta, perkahwinan, kehamilan – penuh dengan kegembiraan dan syukur. Terima kasih untuk semua ucapan selamat daripada anda. – Katanya.

Mei lalu Nicki ada berkongsi yang dia alami muntah-muntah dan kerap membuang air kecil dan ini telah membuatkan peminat merasakan Nicki bakal menimang cahaya mata.

Nicki yang cukup popular dengan penampilan menggonda dan seksi itu sebelum ini turut pernah menyatakan hasratnya untuk bersara dari kerjayanya kerana ingin memiliki sebuah keluarga dan beri sepenuh perhatian untuk menjaga anak.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca yang ikuti perkembangan Nicki Minaj di Facebook Oh! Media.



Comments

Exit mobile version