Umum

“Saya Tak Kisah Anda Buat Parody Untuk Jadi Bahan Gelak Tawa, Cuma Jangan HINA Isteri Saya” – Nadzmi Adhwa

Published on

Tahniah sis ucapkan kepada pengantin baru, Nadzmi Adhwa dan Ardell Aryana. Dulu selalu kena friendzone dengan Ardell. Last-last dapat juga tengok diorang berkahwin. Dah macam dalam drama pula gais hehehe. Korang pun sendiri tahu pasangan merpati sejoli ni tak pernah couple walaupun dah lama berkawan tau.

Haa pasangan macam ni lah bagus. Time nak batal air wudhu pun malu-malu kucing. Ya lah, tak pernah bersentuhan kan? Memanglah Ardell mengiggil dan lagipun dia ada Anxiety yang menyebabkan dia panic attack. Tak baik tau korang panggil dia minah gigil, perempuan parkinson atau perempuan cacat.


Orang yang menjaga batas pergaulan ni biasanya akan jadi macam tu bila nikah. Lagi-lagi ada Anxiety sebab tiba-tiba hadap depan orang ramai. Itupun lepas Nadzmi Adhwa buat penjelasan, masih ada lagi netizen komen yang tidak berakal. Haih apa nak jadi entah. Benda baik pun korang nak kecam. Apapun, sis doakan pasangan ni berkekelan hingga ke Jannah. Amin!

+ Baca respon pembaca Oh! Media.


Oh! Media Wayang


Comments

Exit mobile version