Tadi Ohmedia ada kongsikan seorang penuntun Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Muhammad Akmal Akif Alias yang dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan cederakan arwah Zulfarhan Osman. Kini melalui satu laporan media, ada menulis bahawa Muhammad Akmal sempat menyatakan hasratnya untuk menyambung pengajiannya.
Alhamdulillah, saya nak teruskan hasrat untuk meneruskan pengajian yang tertangguh selepas digantung kerana kes ini, katanya
Akmal dibebaskan secara mutlak tanpa dipanggil untuk membela diri. Akmal sebelum itu dilihat keluar dari dewan Mahkamah bersama ibunya yang turut memberikan respon spontan dengan menyifatkan anaknya teraniaya kepada media.