Umum

Menteri Pengangkutan Tak Kisah Dimarah, Tiada Lagi Diskaun Saman JPJ

Published on

Untuk pengetahun korang, selepas ini Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak akan memberikan sebarang tawaran diskaun lagi ke atas mana-mana notis kompaun yang dikeluarkan bagi kesalahan lalu lintas.

 Ini ditegaskan sendiri oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke yang berkata dasar tiada diskaun itu tidak bermusim dan akan diteruskan sepanjang masa, bukan hanya ketika musim perayaan sahaja seperti sebelum ini bagi menurunkan kadar kemalangan jalan raya.

“Kalau pesalah ini nak marah Menteri Pengangkutan, marahlah. I don’t care (saya tidak kisah). Tugas saya adalah mengurangkan kemalangan jalan raya. Ini KPI saya.

“Saya akan tetap tegas dan itu adalah dasar yang saya tetapkan dalam Kementerian Pengangkutan. Jadi selepas ini, kalau kena saman JPJ, jangan tunggu diskaun lagi,” katanya.

Anthony juga menjelaskan bahawa langkah ini terpaksa diambil bagi memberi pengajaran kepada pengguna jalan raya dan menyelamatkan nyawa rakyat Malaysia kerana kini sebanyak 6,000 nyawa telah terkorban setiap tahun.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Exit mobile version