Sebelum ini telah tersebar satu rakaman kamera litar tertutup di sebuah surau yang menunjukkan seorang lelaki telah melakukan perkara terkutuk apabila bertindak mencabul kanak-kanak perempuan. Dalam rakaman terbabit, kita dapat melihat lelaki tersebut telah masuk ke tandas awam sebuah surau dan menangkap mangsa. Suspek telah menyentuh kemaluan mangsa dari arah belakang sebelum melepaskannya dan beredar.
Susulan dari video yang tersebar dan laporan dari pihak pengurusan surau, Harian Metro ada melaporkan yang suspek kini telahpun datang serah diri di Balai Polis Bedong. Suspek berumur 31 tahun itu dikatakan bekerja sebagai kelindan lori dan telah mengaku melakukan jenayah cabul terhadap kanak-kanak perempuan yang baru berusia 9 tahun.
Suspek menyerah diri dan mengaku melakukan jenayah cabul terhadap kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun itu. Sebelum ini polis melakukan dua serbuan ke rumah suspek di Bedong tetapi lelaki terbabit tiada di rumah dipercayai melarikan diri sejak video perlakuannya tersebar.– Kata Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Superintendan Shamsudin Mamat.
Suspek utama kes cabul seorang kanak-kanak perempuan berumur 9 tahun di Surau Al-Ikhlas, Zon Mawar, Sungai Petani, direman selama 6 hari, bermula hari ini. Suspek lelaki berumur 31 tahun itu ditahan selepas menyerah diri di Balai Polis Bedong, kira-kira pukul tiga petang semalam. pic.twitter.com/g434MZJd6S