Israel tidak akan berhenti dan tidak akan pernah berhenti untuk terus membedil Gaza, Palestin. Ini setelah tentera Israel rejim zionis membedil lagi kira-kira 20 sasaran ketenteraan di Genting Gaza awal pagi tadi dengan alasan meriaksi terhadap roket yang dilancarkan dari wilayah itu.
Serangan udara itu meragut sekurang-kurangnya dua nyawa dan beberapa penduduk Palestin dilaporkan cedera.
Jurucakap tentera, Jonathan Conricus berkata, serangan balas itu dilancarkan selepas salah satu roket itu mengenai bandar Beersheba di gurun Negev manakala sebuah lagi jatuh di laut.
Dalam perkembangan berkaitan, Tel Aviv menutup kedua-dua lintasan sempadan selepas ketegangan kembali memuncak di wilayah tersebut sejak beberapa hari lalu.