Oh! Negara

Lambakan Pekerja Asing di Negara Ini Berpunca Dari Sikap Rakyat – Tun M

Published on

Antara punca lambakan pekerja asing ke negara ini adalah berpunca daripada sikap rakyat Malaysia yang tidak mahu membuat kerja tertentu. Perkara ini dikatakan sendiri oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika berucap di Majlis Sambutan Hari Pekerja Tahun 2019.

Oleh itu sikap pekerja Malaysia yang memilih membuatkan pekerjaan terbabit diisi dan direbut oleh pekerja asing, katanya.

Dr Mahathir berkata, kerajaan sedar kebimbangan rakyat berhubung kebanjiran pekerja asing dalam negara dan sudah mengambil pelbagai tindakan memastikan mereka digajikan hanya apabila benar-benar diperlukan oleh sektor yang kurang sambutan pekerja tempatan seperti sektor 3D (Dirty, Dangerous & Difficult).


Kerajaan juga dikatakan akan sentiasa mengutamakan warganegara untuk mengisi pekerjaan di Malaysia dan kerajaan juga ingin mengelakkan pengaliran keluar wang keluar negara.

Tun Mahathir juga menambah bahawa kerajaan tidak dapat memberikan duit percuma kepada rakyat seperti dulu lagi dan mengharapkan rakyat dapat terus mengisi pekerjaan yang ada.

Ditanya sama ada tawaran gaji rendah menyebabkan pekerja tempatan enggan bekerja di sektor 3D, Perdana Menteri berkata, perbandingan gaji tidak wajar dibuat kerana yang penting adalah mempunyai pekerjaan dan mendapat gaji.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Exit mobile version