Umum

Lagi Cecair Vape Mengandungi Nikotin Dirampas

Published on

Lagi rampasan cecair vape dilakukan Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan apabila hasil pemeriksaan mendapati ia mengandungi nikotin tinggi dan ia dianggarkan bernilai lebih RM43,900.

Operasi bersepadu itu dilakukan minggu lalu dan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, S Veerapan berkata, operasi itu dijalankan di tiga premis di sekitar Seremban.

“Cecair vape yang dirampas itu didapati melanggar Seksyen 13 (a) Akta Racun 1952 kerana kesalahan menjual racun tanpa lesen, katanya.

Selain itu, mereka juga telah melakukan pemeriksaan menyeluruh ke atas gula-gula Ghost Smoke bagi mengelakkan pelajar sekolah mendapatkannya.

+ Baca respon pembaca Oh! Media.


Oh! Media Geekz


Comments

Exit mobile version