Umum

Keuntungan Apple Semakin Merosot di China Dan India

Published on

Permasalahan yang melibatkan syarikat Apple di China, selain dari model terbaru yang tidak mempunyai banyak perubahan dan inovasi, telah membuatkan penurunan penjualan produk mereka di sana.

Ini dapat dilihat selepas laporan menunjukkan penjualan Apple di China telah menurun sebanyak 20 peratus untuk suku tahun keempat 2018 dan ini memang memberi kesan kepada Apple kerana jumlah pengguna di China adalah yang teramai.

Pesaing yang kebanyakan lahir dari China juga kini telah tampil dan model yang lebih berinovasi. Selain itu, terdapat kilang di China yang mendenda para pekerja yang membeli Apple iPhone. Akan tetapi, sekiranya para pekerja membeli telefon pintar Huawei dan ZTE, kilang tersebut akan membayar pekerjanya 15% nilai telefon pintar yang dibeli.

Penurunan keuntungan Apple juga dapat dilihat di negara-negara lain seperi India yang kini hanya berjaya menjual sebanyak 1.7 juta unit berbanding 3.2 juta unit bagi tahun sebelumnya.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Exit mobile version