Kesal dengan host AirbnBb, sorang Youtuber dari England luah rasa kecewa? Cerita ini dikongsi sendiri oleh Youtuber berkenaan yang dimuat naik di akaun Twitter miliknya. Apa yang membuat Youtuber berkenaan rasa kecewa? Beliau kecewa kerana baru diberitahu oleh pemilik Airbnb bahawa terdapat sebuah gerai burger tepi jalan yang terletak berhampiran dengan Airbnb yang disewanya. Pemilik berkenaan menghantar video berkenaan setelah Youtuber berkenaan pulang ke England.
My Airbnb host sent me this after I left KL. Damn I’m going to have to fly 10,000 miles for a Ramly burger. 🤔 pic.twitter.com/7qTbnkOY3t
Dalam tweet berkenaan, beliau begitu teruja dengan burger yang dimasak oleh seorang brader dalam video berkenaan sehingga menyatakan bahawa beliau perlu terbang kembali ke KL untuk burger berkenaan. Biasalah bangsa Twitter mana pernah tak mengecewakan, mereka pun kasi panas line lah kat Youtuber berkenaan. Menurut info, beliau pun seorang yang menggemari nasi lemak. ‘Racun’ tu, hahaha! Apa-apapun, kepada Darren, selamat kembali ke Malaysia!