Umum

Keadaan Muhammad Adib Semakin Baik – Kini Dipindahkan Ke IJN

Published on

Muhammad Adib yang merupakan anggota Bomba dan Penyelamat Subang Jaya yang dilaporkan dipukul dalam rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman dilaporkan kini telah dipindahkan ke Institut Jantung Negara (IJN).

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin, berkata keputusan memindahkan Muhammad Adib Mohd Kassim dibuat susulan perbincangan antara pihaknya dengan IJN supaya mangsa diberi rawatan sewajarnya.

“Hasil perbincangan dengan empat pakar di IJN, kita cadangkan Muhammad Adib dipindahkan ke sana kerana mereka mempunyai peralatan yang lebih sesuai untuk rawatannya.

“Di IJN juga mempunyai satu mesin khas yang dapat menyalurkan oksigen yang lebih banyak ke paru-parunya, bersesuaian untuk rawatan Muhammad Adib.. satu-satunya mesin yang ada dalam negara ini,” katanya.

Beliau berkata, keadaan Muhammad Adib juga sudah semakin baik walaupun masih belum sedar kerana kesan ubat sedatif, namun tekanan darahnya bertambah baik daripada tengah hari tadi.

“Hasil perbincangan antara pakar IJN dan pakar jantung SJMC, mereka mencapai kata putus untuk memindahkan Muhammad Adib pada jam 10.30 malam tadi.

“Keluarganya juga bersetuju, justeru mereka pindahkan Muhammad Adib ke IJN malam ini juga,” tambahnya lagi.

 + Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Exit mobile version