Sebelum ini pun sudah tular di media sosial mengenai sesorang yang tak dikenali yang cuba mencederakan kanak-kanak. Misalnya kejadian seorang wanita yang cuba mencederakan dua orang kanak-kanak dengan menggunakan pisau.
Betina ni, err maaf. Perempuan ni berdepan hukuman 10 tahun penjara kerana mencederakan kanak-kanak tanpa sebab. Harey sungguh perangai. pic.twitter.com/TwiAxx3WU0
Kali ini, kejadian dilaporkan berlaku di Shenzhen, China apabila seorang lelaki yang tak dikenali menyepak seorang kanak-kanak perempuan dari belakang ketika sedang bersiar-siar bersama-sama neneknya di sebuah pusat membeli belah.
Tindakan berkenaan telah mendatangkan kecederaan serta lebam pada badan kanak-kanak perempuan berkenaan. Dipetik dari Sinar Harian, Dalam rakaman itu kelihatan seorang lelaki berbaju belang menghampiri mangsa yang berdiri berhampiran sebuah tiang sebelum menendangnya dari belakang lalu menyebabkan kanak-kanak itu terpelanting di lantai.
Nenek mangsa segera memeriksa keadaan cucunya lalu berdepan dengan lelaki berkenaan yang kelihatan berkata sesuatu kepada wanita tua itu. Pihak polis tempatan telah mengenal pasti suspek namun setakat ini tiada tangkapan dibuat.