Aplikasi Waze ssentiasa membantu pengguna di jalan raya dari segi jalan yang terpantas, penunjuk jalan alternatif dari satu tempat ke satu tempat dan pengguna juga boleh memberi maklum sekiranya terdapat kemalangan atau sebarang sekatan kepada pengguna lain.
Sekarang, Waze telah menambah lagi ciri-ciri mereka apabila turut menyatakan kadar anggaran bayaran tol bagi sesuatu jalan yang dilalui.
Kemaskini harga ini diperoleh dari laporan pengguna aplikasi yang telah melalui laluan terbabit. Jadi, semua pengguna bolehlah memaklumkan kadar bayaran baharu sekiranya ada perubahan.
Korang semua lepas ni bolehlah anggarkan berapa kadar tol yang korang perlu sediakan untuk menuju ke destinasi pilihan. Siapa yang masih tak cukup baki t=dekat kad TnG tu memang tak patut.