Umum

JDT Berjaya Pastikan Piala Sumbangsih 2019 Milik Mereka

Published on

Pertembungan di antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Perak dalam merebut Piala Sumbangsih nampaknya kekal menjadi milik JDT apabila menang 1-0 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin semalam.

Perlawanan yang merupakan aksi pembuka tirai untuk Liga Super itu juga merupakan kejuaraan kali keempat buat JDT dan berjaya mengutip tiga mata di laman sendiri.

Ketika aksi babak pertama berbaki lima minit, gol yang dinanti tuan rumah terhasil selepas Niguez yang menyusup masuk ke dalam kotak penalti mengumpan bola kepada Cabrera yang melencong bola tepat ke penjuru kiri menewaskan Hafizul Hakim.

Bersambung babak kedua, pelawat mula menyusun rentak permainan memburu gol penyamaan namun ketiadaan Gilmar Da Silva Filho amat dirasai apabila barisan serangan skuad kendalian Durakovic hanya bergantung kepada Wander Luiz yang gagal melakukan percubaan berbahaya.

Sumber: JOHOR Southern Tigers

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Exit mobile version