Isu mengenai pendakwah bebas dari india, Dr Zakir Naik yang tinggal dibenarkan tinggal di Malaysia sedang hangat diperkatakan sekarang. Baru-baru ini Perdana Menteri, Tun Mahathir menyatakan pendirian bahawa Dr Zakir Naik dibenarkan tinggal di Malaysia kerana bimbang pendakwah berkenaan akan dibunuh sekiranya dihantar balik ke India.
Walaubagaimanapun, terdapat menteri dalam kabinetnya, Kula Segaran, Menteri Sumber Manusia yang mahu Dr Zakir Naik tinggalkan negara ini atas alasan mengganggu ketenteraman awam serta mampu menggugat keharmonian perpaduan negara ini. Turut bersependapat, Menteri Komunikasi, Gobing Singh.
“Kami telah suarakan pendirian iaitu tindakan mesti diambil dan Zakir tidak boleh lagi dibenarkan tinggal di Malaysia. Perdana Menteri ambil maklum kebimbangan kami”