Umum

iPhone 11 Baru Sahaja Dilancarkan Dan Kini Muncul Pula iPhone 12?

Published on

Wow! Ohmedia pun belum habis lagi main dengan iPhone 11 dan sekarang tersebar pula gambar yang mengatakan inilah rekaan untuk iPhone 12. Pergh, baru je minggu lepas iPhone perkenalkan 3 model terbaru mereka iPhone 11, iPhone 11 Pro dan iPhone 11 Pro Max. Jadi, macam mana pula rupa iPhone 12 ni?



Rekaan terbaru ini telah tersebar dari laman web Bgr.com dan apa yang menarik perhatian Ohmedia adalah, rekaan kali ini mengembalikan semula rupa bentuk iPhone 4 dan digabungkan bersama rekaan iPhone 11.

Kalau korang tengok gambar-gambar ni, memang nampak jelas logam yang mengelilingi iPhone 12 ini, sama dengan yang ada pada peranti iPhone 4. Apa yang paling best adalah, untuk rekaan iPhone 12 ini juga, notch pada permukaan skrin hadapan juga telah dibuang dan menjadikan ia lebih luas dan bersih.

Tapi takkan tak ada kamera hadapan? Eh, cuba korang tengok betul-betul dekat bahagian atas penghujung skrin tu. Semua kamera dam semsor telah dikecilkan dan disusun di bahagian atas. Cantikkan? Tapi macam seram pula sebab kalau jatuh dan terkena bahagian hujung tu, habislah kamera terkeluar, haha. Apa-apa pun inilah hanyalah ramalan dan nantikan review penuh Ohmedia untuk peranti iPhone 11.

+ Baca respon pembaca Oh! Media.


Oh! You Tube


Comments

Exit mobile version