Umum

Ini Teguran Pedas Chef Wan Buatkan Orang FELDA Tidak Senang Duduk

Published on

Mesti ramai yang sudah tahu bahawa tukang masak terkenal, Chef Wan telah dinobatkan sebagai Ikon Anak Felda dan tidak sampai 24 jam dilantik, dia telah mendatangkan kemarahan peneroka apabila melontarkan pelbagai teguran pedas termasuk mengatakan golongan peneroka Felda yang beranak pinak seperti kucing.

Chef Wan juga meluahkan rasa muaknya dengan orang Melayu yang malas untuk memajukan tanah Felda dan hanya duduk mengharapkan bantuan dari kerajaan katanya.

Beliau membandingkan tanah-tanah pertanian di luar negara yang dibangunkan dengan baik.

“Di sini (Malaysia) orang-orang Felda kita walaupun tak semua sibuk di kedai kopi menyalahkan kerajaan menunggu bantuan. Esok dapat bantuan lain pula ceritanya.

“Ada subsidi baja pun di jual. Dapat duit lebih gatal boleh kahwin dua tiga bini lagi dan beranak anak macam kucing,” katanya sambil mendakwa keadaan itu disaksikannya kerana pernah membesar sebagai anak peneroka.

Dalam pada itu, Chef Wan berkata dia mengharapkan anak-anak Felda supaya mengambil iktibar dari perjalanan hidupnya yang penuh mencabar sehingga menjadikannya kini insan yang berjaya.

Pada masa sama, Chef Wan juga membidas peneroka yang disifatkannya sebagai ‘ulat sampah’ kerana meninggalkan majlis ketika Dr Mahathir berucap pada perasmian Hari Felda di Rompin semalam.

“Tetapi percayalah, esok ulat-ulat sampah ini juga yang akan mengerumuni dedak-dedak yang diberikan balik untuk membantu orang-orang Felda,” katanya.

Oh! Media: Apa pandangan korang dengan kata-kata dari Chef Wan ini. Ramai yang melihat ia agak melampau dan ada juga yang melihat ia sebagai satu teguran yang membina.

Comments

Exit mobile version