Umum

Ifan Berdoa Agar Dapat Kembali Ke Pangkuan Isterinya Di Akhirat Nanti

Published on

Pemergian isteri tercinta vokalis kumpulan Seventeen, Ifan iaitu Allahyarham Dylan Sahara memberi kesan yang amat mendapat buat Ifan yang turut sempat berkongsi doa untuk isterinya.

Riefian Fajarsyah atau lebih senang dipanggil Ifan, meluahkan rasa cinta yang mendalam terhadap Dylan yang disifatkan sentiasa berusaha menjadi isteri terbaik.

“Isteriku bukan manusia sempurna, begitu juga aku. Tetapi dia tidak pernah berhenti berusaha menjadi isteri yang baik. Aku tahu kamu mencuba yang terbaik dan ia bukan mudah, tetapi kamu berjaya sayang.

“Buatku, memang dia isteri terbaik yang diberikan Allah. Aku tak mungkin minta lebih Ya Allah.

“Sayang, Allah mempertemukan kita, Allah juga yang memisahkan kita. Doakan suamimu menjadi suami yang soleh, biar aku dapat menuntut hakku buat berpasangan denganmu di akhirat nanti untuk selamanya.

“Hanya Allah saja yang tahu betapa besarnya perasaan aku terhadap kamu. Aku Cinta kamu Dylan Sahara,” katanya.

Dylan yang sebelum ini dilaporkan hilang, disahkan meninggal dunia, semalam. Ifan turut berkongsi video dia menuntut jenazah isterinya di Instagram.

Selain kehilangan isteri, Ifan mengesahkan teman band iaitu Andi yang juga pemain dram; Bani (bes), Herman (gitaris); Ujang (kru) dan Oki Wijaya (pengurus) turut terkorban dalam malapetaka itu.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Exit mobile version