Bila disoal nama anak yang akan diletakkan oleh kedua pasangan zaman sekarang, pasti semuanya mahu meletakkan nama yang unik, bermakna dan panjang kepada cahaya mata mereka.
Ini juga menyebabkan, JPN terpaksa mengehadkan nama bayi yang baru lahir untuk didaftarkan tidak melebihi 80 huruf sahaja termasuk nama bapa, bin, binti, dan sebagainya. Singkatan ‘Abd’ dan ‘Mohd’ juga tidak dibenarkan, mesti dieja penuh.
Setakat ini, nama terpanjang mengikut rekod JPN mengandungi 78 abjad dari 4 perkataan. Jadi ibu bapa diluar sama dinasihatkan untuk memilih nama yang membawa maksud baik untuk anak-anak.