Nampaknya perkara yang paling dinanti-nantikan oleh peminat dan penyokong HS55, Hafizh Syahrin Abdullah untuk melihat jentera baharu bagi pelumba MotoGp negara ini telahpun dikeluarkan oleh pihak Red Bull.
Hafizh kini dikatakan baru sahaja selesai melakukan sesi ujian dengan jentera baharunya dan hasilnya agak positif bagi HS55.
Kredit gambar: Red Bull
Walaupun Hafizh mengakui sedikit bergelut untuk mengendalikan jentera terbabit, tetapi ia dapat memahami dengan lebih lagi untuk menyesuaikan dengan gayanya.
“Saya bergelut dengan jentera pada dua hari pertama ujian sehinggakan menggunakan badan secara berlebihan bagi mendapatkan selekoh terbaik.
“Pada hari terakhir baru saya dapat memahami jentera dan membuat selekoh dengan baik, tetapi keadaan fizikal saya tidak berapa baik kerana kecederaan lengan akibat menggunakan badan secara berlebihan” kata Hafizh dalam temuramah dengan pihak Red Bull.